Friday, February 21, 2020

Kisah pelanggan takaful

Selepas kematian suami, kehidupan Ros semakin terdesak dan melarat. Sesen pun arwah tak tinggal. Hutang pula banyak, anak kecil ramai. Ros yang tak bekerja kini buntu memikirkan nasib diri dan anak. Kesiannya. Perit hidupnya. Rasa nak give up untuk hidup. 

Bagusnya kalau suami Ros ada hibah takaful. Seminggu selepas kematian suami, seorang ejen takaful (nama dirahsiakan) datang bertemu Ros dan memberitahu bahawa arwah suaminya ada memiliki satu polisi takaful. Polisi tersebut baru sahaja 3 bulan didaftarkan dan baru 3 kali arwah buat caruman sebanyak RM100 sebulan. 

Ros tidak dapat mengawal emosi apabila ejen tersebut memaklumkan perkara tersebut lantas dia terus tanya. Berapa dapat? Bila dapat? Dengan tenang ejen tersebut memberitahu yang nama penerima hibah adalah Ros sendiri dan hibah tersebut bernilai RM250,000. 

Ros menangis dan berkata “terima kasih bang tinggalkan 250 ribu dalam akaun Ros” Syahdu rasanya. Betapa besar harapan Ros pada ketika itu terhadap simpanan takaful milik arwah suaminya. Anak sulong Ros yang berumur 5 tahun menangis teresak-esak seolah faham akan rahmat tuhan yang sedang turun kepada mereka sekeluarga. Ejen tersebut turut menangis. 

Selesai membuat tuntutan hibah, maka duit RM250,000 terus dibankin ke akaun Ros. Alhamdulillah. Ros sangat lega. Hidupnya kembali ceria walaupun suami tiada di sisi tetapi pendapatan suami tetap mengiringi hidup Ros untuk membesarkan anaknya yang masih kecil.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.